rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com
SOALAN 1
Apakah SSPN-i Plus?
Jawapan
SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang lebih murah dan komprehensif. SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
SOALAN 2
Adakah pelan simpanan yang ditawarkan ini patuh syariah?
Jawapan
Ya. Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN-i Plus dan menggunakan kontrak Wakalah bagi skim takaful yang ditawarkan. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).
SOALAN 3
Apakah pakej yang ditawarkan melalui SSPN-i Plus ?
Jawapan:
SSPN-i Plus menawarkan lima (5) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan.
Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:
PAKEJ
|
Intan
|
Delima
|
Topas
|
Zamrud
|
Nilam
|
Berlian
|
Simpanan SSPN-i
|
RM20
|
RM40
|
RM90
|
RM180
|
RM270
|
RM200
|
Sumbangan Takaful
|
RM10
|
RM10
|
RM10
|
RM20
|
RM30
|
RM300
|
Jumlah Komitmen Bulanan
|
RM30
|
RM50
|
RM100
|
RM200
|
RM300
|
RM500
|
SOALAN 4
Apakah keistimewaan SSPN-i Plus?
Jawapan
SSPN-i Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu:
i) Patuh syariah
ii) Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.
iii) Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
iv) Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.
v) Tiada pemeriksaan kesihatan.
vi) Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
vii) Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.
viii) Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
ix) Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
x) Layak memohon pinjaman PTPTN.
xi) Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
xii) Simpanan dijamin kerajaan.
Apakah manfaat takaful yang ditawarkan bagi setiap pakej?
Jawapan
Manfaat takaful mengikut pakej adalah seperti berikut:
PAKEJ
|
INTAN
|
DELIMA
|
TOPAS
|
ZAMRUD
|
NILAM
|
BERLIAN*
|
Simpanan
SSPN-i |
RM20
|
RM40
|
RM90
|
RM180
|
RM270
|
RM200
|
Sumbangan Takaful
|
RM10
|
RM10
|
RM10
|
RM20
|
RM30
|
RM300
|
Jumlah
|
RM30
|
RM50
|
RM100
|
RM200
|
RM300
|
RM500
|
MANFAAT TAKAFUL
| ||||||
Kematian/Keilatan Kekal & Menyeluruh (Kemalangan)
|
RM40,000
|
RM40,000
|
RM40,000
|
RM80,000
|
RM120,000
|
RM1,000,000
|
Kematian/Keilatan Kekal & Menyeluruh (Biasa)
|
RM20,000
|
RM20,000
|
RM20,000
|
RM40,000
|
RM60,000
|
RM500,000
|
Keilatan Kekal & Sebahagian
(Biasa dan Kemalangan) |
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
RM100,000
|
36 Penyakit Kritikal (Bayaran manfaat dipercepatkan)
|
RM10,000
|
RM10,000
|
RM10,000
|
RM20,000
|
RM30,000
|
RM100,000
|
Elaun Kemasukan Hospital/hari**
|
RM20
|
RM20
|
RM20
|
RM40
|
RM60
|
RM200
|
Khairat Kematian Pendeposit, Pasangan (yang pertama & sah sahaja) dan anak
|
RM2,500 (Pendeposit dan pasangan)
RM2,500
RM1,000 (setiap anak – maksimum 3 orang anak sahaja)
|
RM18,000
(pendeposit)
RM9,000
(pasangan)
RM2,000
(setiap anak – maksimum 3 orang anak) | ||||
Nota:
* Pakej Berlian adalah terhad kepada 2 akaun sahaja bagi seorang pendeposit atau perlindungan takaful maksimum sebanyak RM2,000,000.
** Elaun kemasukan hospital sehingga had maksimum selama 52 minggu.
Apakah perbezaan SSPN-i Plus dengan SSPN-i sedia ada?
Jawapan
Perbezaan antara SSPN-i Plus dengan SSPN-i adalah seperti berikut:
Perkara
|
SSPN-i Plus (SSPN-i + Takaful)
|
SSPN-i
|
Komitmen Minimum
|
|
|
Sumbangan Takaful
|
|
|
Manfaat Takaful
|
|
|
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan
|
|
|
|
| |
Geran Sepadan (Insentif kemasukan ke IPT)
|
|
|
Syarat Pembukaan Akaun
|
|
|
Siapakah yang layak membuka akaun SSPN-i Plus ?
Jawapan
Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai umur 64 tahun layak membuka akaun untuk diri sendiri dan boleh membuka akaun untuk anak atau anak jagaan yang sah (mestilah juga warganegara Malaysia) yang berumur 1 hari sehingga mencapai umur 29 tahun.
SOALAN 8
Bagaimanakah cara untuk membuka akaun SSPN-i Plus?
Jawapan
Akaun SSPN-i Plus boleh dibuka di kaunter PTPTN atau melalui Eksekutif Pemasaran (EP) PTPTN di seluruh negara secara online.
SOALAN 9
Adakah pelanggan perlu membuat pemeriksaan kesihatan ataupun mendapatkan laporan perubatan untuk membuka akaun SSPN-i Plus?
Jawapan
Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun ini. Walau bagaimanapun bagi Pakej Berlian, bakal pendeposit perlu menjawab tiga soalan kesihatan yang terdapat pada borang pembukaan akaun. Jika terdapat jawapan YA bagi salah satu soalan, bakal pendeposit TIDAK LAYAK menyertai Pakej Berlian dan dinasihatkan untuk menyertai pakej yang lain.
SOALAN 10
Adakah seseorang itu boleh membuka akaun SSPN-i Plus jika menghidapi sebarang penyakit kritikal?
Jawapan
Boleh tetapi bagi Pakej Delima, Topas, Zamrud dan Nilam sahaja.
SOALAN 11
Adakah PTPTN akan memberikan apa-apa penentusahan keahlian setelah pembukaan akaun?
Jawapan:
Tidak. Pendeposit tidak akan menerima apa-apa penentusan keahlian daripada PTPTN tetapi pihak pengendali takaful akan menghantar Jadual Sijil Takaful (Certificate Schedule) secara pos kepada pendeposit dalam tempoh 14 hari dari tarikh pengendali takaful menerima pembayaran wang sumbangan takaful dari PTPTN.
SOALAN 12
Saya telah mempunyai akaun SSPN-i, adakah saya boleh membuka akaun SSPN-i Plus?
Jawapan
Boleh. Pendeposit yang telah mempunyai akaun SSPN-i boleh membuka akaun SSPN-i Plus tanpa perlu menutup akaun SSPN-i.
SOALAN 13
Bolehkah seorang pendeposit membuka lebih dari satu akaun dengan pakej yang sama atau berlainan untuk dirinya sendiri?
Jawapan
Tidak boleh. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri hanya boleh mempunyai satu akaun sahaja dengan mana-mana pakej. Walau bagaimanapun, seseorang pendeposit boleh membuka banyak akaun untuk penerima manfaat yang berlainan (anak/ anak jagaan yang sah sahaja) bagi pakej yang sama atau berlainan.
SOALAN 14
Adakah penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun sama ada pakej yang sama atau pakej yang berlainan?
Jawapan
Ya. Penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun tetapi pembukaan akaun mestilah dibuat oleh pendeposit yang berbeza sama ada akaun dibuka untuk diri sendiri, dibuka oleh ibu atau dibuka oleh bapa atau dibuka oleh penjaga yang sah. Ini bermakna setiap penerima manfaat hanya boleh mempunyai maksimum dua (2) akaun sahaja.
SOALAN 15
Apakah saluran simpanan yang disediakan untuk bayaran komitmen bulanan?
Jawapan
Kemudahan saluran simpanan:
Saluran Simpanan
|
Caj
|
Kaunter PTPTN
|
Tiada
|
Potongan gaji
|
Tiada
|
Auto Debit
|
RM0.53
|
Perbankan Internet
|
Tiada
|
SSPN-i Plus online
|
Tiada
|
SOALAN 16
Adakah simpanan yang dibuat boleh dikeluarkan pada bila-bila masa?
Jawapan:
Simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun adalah sebanyak RM1,000. Selepas tempoh 3 tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan masih tertakluk dengan syarat baki minimum yang ditetapkan.
SOALAN 17
Apakah yang akan terjadi sekiranya pendeposit gagal membuat bayaran komitmen bulanan sehingga tarikh bayaran yang ditetapkan?
Jawapan
Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima, maka akaun akan ditutup serta-merta.
SOALAN 18
Sekiranya penerima manfaat telah mencapai umur 29 tahun, adakah pendeposit boleh meneruskan simpanan?
Jawapan
Tidak boleh. Apabila penerima manfaat telah mencapai had umur yang ditetapkan, akaun akan ditutup secara automatik. Penerima manfaat hendaklah membuka akaun untuk diri sendiri sekiranya ingin meneruskan penabungan.
SOALAN 19
Bagaimana caranya jika pendeposit bercadang untuk bertukar pakej?
Jawapan
Sekiranya pendeposit bercadang menukar pakej yang lain, beliau hendaklah menutup akaun sedia ada terlebih dahulu dan membuka akaun yang baharu.
SOALAN 20
Sekiranya pendeposit telah menutup akaun, adakah perlu menunggu tempoh tertentu untuk pembukaan akaun baharu?
Jawapan
Tidak. Pendeposit boleh membuka akaun baharu tanpa perlu menunggu tempoh tertentu. Walau bagaimanapun, penyertaan semula dianggap baharu dan pendeposit akan menerima Jadual Sijil Takaful baharu dengan tempoh perlindungan yang baharu.
SOALAN 21
Jika penerima manfaat meninggal dunia, adakah akaun akan ditutup secara automatik?
Jawapan
Akaun akan ditutup setelah mendapat makluman kematian daripada pendeposit. Pendeposit hendaklah mengemukakan dokumen lengkap untuk tuntutan khairat kematian.
SOALAN 22
SSPN-i Plus dan SSPN-i masing-masing menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000 bagi akaun yang dibuka untuk anak/ anak jagaan yang sah. Jika pendeposit mempunyai kedua-dua akaun, adakah pelepasan taksiran cukai pendapatan yang boleh dinikmati adalah sebanyak RM12,000?
Jawapan
Tidak. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih bagi SSPN-i Plus dan SSPN-i hanya diberikan sehingga RM6,000. Walau bagaimanapun bagi akaun SSPN-i Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful sebanyak RM6,000, di bawah kategori pelepasan bagi insurans nyawa dan KWSP.
SOALAN 23
Jika penerima manfaat meninggal dunia, adakah pendeposit layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih yang dibuat?
Jawapan
Tidak layak. Jika berlaku kematian penerima manfaat, akaun akan ditutup dan semua keistimewaan akan terbatal.
SOALAN 24
Apakah 36 penyakit kritikal yang dilindungi takaful?
Jawapan
36 penyakit kritikal adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
1.
1.
|
Stroke
|
19.
|
Major Organ/Bone Marrow Transplant
|
2.
|
Heart Attack
|
20.
|
Loss of Speech
|
3.
|
End Stage Kidney Failure
|
21.
|
Brain Surgery
|
4.
|
Cancer
|
22.
|
Heart Valve Surgery
|
5.
|
Coronary Artery By-Pass Surgery
|
23.
|
Terminal Illness
|
6.
|
Other Serious Coronary Artery Disease
|
24.
|
Bacterial Meningitis
|
7.
|
Angioplasty And Other Invasive Treatment For Major Corornary Artery Disease
|
25.
|
Major Head Trauma
|
8.
|
End Stage Liver Failure
|
26.
|
Chronic Aplastic Anaemia
|
9.
|
Fulminant Viral Hepatitis
|
27.
|
Motor Neurone Disease
|
10.
|
Coma
|
28.
|
Parkinson Disease
|
11.
|
Benign Brain Tumor
|
29.
|
Alzheimer's Disease/ Irreversible Organic Degenerative Brain Disorders
|
12.
|
Paralysis/ Paraplegia
|
30.
|
Muscular Dystrophy
|
13.
|
Blindess/Total Loss of Sight
|
31.
|
Surgery to Aorta
|
14.
|
Deafness/Total Loss of Hearing
|
32.
|
Multiple Sclerosis
|
15.
|
Major Burns
|
33.
|
Primary Pulmonary Arterial Hypertension
|
16.
|
HIV Due to Blood Tranfusion
|
34.
|
Medullary Cystic Disease
|
17.
|
End Stage Lung Disease
|
35.
|
Severe Cardiomyopathy Systemic Lupus
|
18.
|
Encephalitis
|
36.
|
Eryhematosus with Lupus Nephritis
|
SOALAN 25
Adakah manfaat takaful yang ditawarkan boleh dituntut serta merta?
Jawapan
Tempoh menunggu bagi Tuntutan Manfaat Takaful :
MANFAAT
|
TEMPOH MENUNGGU
|
Kematian Akibat Kemalangan (semua pakej)
|
|
Kematian Biasa (selain Pakej Berlian)
|
|
Kematian Biasa (Pakej Berlian)
|
|
Ilat Kekal Menyeluruh (selain Pakej Berlian)
|
|
Ilat Kekal dan Separa (Pakej Berlian sahaja)
|
|
Penyakit Kritikal
|
|
Manfaat Pendapatan Hospital
|
|
Adakah penyakit mental dilindungi takaful?
Jawapan
Tidak dilindungi.
SOALAN 27
Adakah kematian disebabkan bunuh diri dilindungi takaful?
Jawapan
Tidak. Jawatankuasa Syariah Pengendali Takaful telah memutuskan agar tiada manfaat dibayar atas sebab bunuh diri.
SOALAN 28
Adakah kematian disebabkan pengambilan dadah atau alkohol atau bahan-bahan terlarang yang berlebihan dilindungi takaful?
Jawapan
Tidak.
SOALAN 29
Adakah perlindungan diberikan kepada anggota beruniform?
Jawapan
Ya, selagi anggota beruniform tidak terlibat secara langsung dalam tugasan peperangan / rusuhan, rusuhan awam sama ada diisytihar atau tidak.
SOALAN 30
Berapa lamakah tempoh yang akan diambil untuk mendapat manfaat takaful yang dituntut?
Jawapan
Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dan diserahkan kepada pengendali takaful.
SOALAN 31
Siapakah yang boleh membuat tuntutan bagi kematian pendeposit?
Jawapan
Waris boleh membuat tuntutan, walau bagaimanapun manfaat takaful hanya akan dibayar kepada waris yang sah sahaja.
SOALAN 32
Bagaimanakah kaedah pemulangan simpanan dan bayaran manfaat takaful dilakukan bagi kes kematian pendeposit?
Jawapan
Bagi kes kematian pendeposit, kaedah pemulangan simpanan dan pembayaran manfaat takaful oleh pengendali takaful adalah seperti berikut:
a) Bagi jumlah simpanan atau manfaat yang kurang daripada RM3,000 - waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; dan
b) Bagi jumlah simpanan atau manfaat takaful RM3,000 dan ke atas - Pengeluaran wang deposit dari akaun simati bagi baki semasa simpanan berjumlah RM3,000 dan ke atas (termasuk manfaat takaful dan dividen) dengan mengemukakan dokumen asal atau salinan:
- Geran Surat Kuasa Mentadbir/Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
- Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
- Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/Arahan).
SOALAN 33
Jika berlaku kematian pendeposit dan beliau mempunyai akaun SSPN-i Plus untuk 5 orang anak, adakah waris akan menerima manfaat kematian bagi kelima-lima akaun atau bayaran manfaat hanya diterima sekali sahaja kerana pendeposit yang sama?
Jawapan
Manfaat bagi kelima-lima akaun akan dibayar kepada waris. Contohnya, jika pendeposit membuka akaun SSPN-i Plus untuk Pakej Berlian bagi kelima-lima anak dan berlaku kematian pendeposit atas sebab kemalangan (manfaat RM1 juta), maka pengendali takaful akan membayar manfaat takaful kematian kemalangan berjumlah RM5 juta kepada waris yang layak.
SOALAN 34
Adakah elaun kemasukan hospital tertakluk dalam negara sahaja?
Jawapan
Tidak. Elaun kemasukan hospital tidak terhad dalam Malaysia sahaja. Elaun juga layak dituntut bagi kemasukan hospital di luar negara selagi kunjungan tersebut bukan atas tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, kemasukan hospital di Singapura dibayar bagi tujuan perubatan.
Menabung untuk simpanan Masa Depan? Klik Disini!
No comments:
Post a Comment