8 Tips Penting Sebelum Beli Insurans/Takaful
Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
reenrinaharyati.blogspot.com
8 tips penting buat anda yang pertama kali nak beli insurans
atau takaful nyawa dan kesihatan.
Entri ini adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai
penasihat dalam bidang insurans dan takaful. Sepanjang 5 tahun kerjaya saya, saya
dah jumpa ramai orang yang masih mencari-cari produk insurans yang sesuai buat
mereka. Di Malaysia ada lebih 11 syarikat insurans/takaful, dan kalau anda mencari plan
insurans yang ideal tanpa sebarang matlamat dari pihak anda, pastinya anda akan
menghabiskan masa berharga anda untuk mencari dan akhirnya tak ada satu plan
insurans pun yang anda akan ambil disebabkan oleh kemabukan dan kecelaruan
informasi. Sudahnya, anda akan jadi pengumpul tegar quotation dan fliers.Ehe
Tak ketinggalan juga yang sudah ada plan insurans/takaful
tetapi masih tidak pasti apa perlindungan yang anda ada dan adakah perlindungan
itu sesuai dengan status anda sekarang. Insyaallah semoga artikel ini dapat
menjadi panduan dan mengelakkan kekecewaan akibat tersalah faham atau tersalah
beli produk
Fahami Asas Insurans
Insurans sebenarnya terdiri
dari 4 perkara asas :
1) Life – mewakili nilai
hayat atau manfaat kematian, Lumpuh Kekal, atau Sakit Tua.
2) Hospitalisation – Elaun Kemasukan
Wad atau Medical Card atau kedua-duanya sekali.
3) Penyakit Kritikal –
pampasan yang bakal dapat sekiranya terkena penyakit kritikal
4) Kemalangan – Pampasan akan
dapat sekiranya berlaku Lumpuh Kekal/Ilat Kekal atas sebab kemalangan, boleh claim balik MC
(cuti yang diberikan atas sebab kemalangan), Bayaran bil yang dikenakan oleh
klinik atau hospital atas sebab kemalangan dan juga pampasan/manfaat atas
kematian disebabkan oleh kemalangan.
Insuran yang lengkap harus
ada 4 perkara di atas, atau anda boleh pilih salah satu daripada perkara di
atas mengikut keperluan semasa anda. Boleh rujuk ejen untuk penjelasan yang
terperinci.
Kenapa anda perlukan insuran/takaful?
Boleh dikatakan semua orang memang perlukan insurans. Di
Malaysia ni ada lebih 11 syarikat insurans dan setiap syarikat ada pelbagai
plan insuran. Kenapa? Kerana tak semua orang
perlukan insurans yang sama. Kan?
Setiap orang ada keperluan dan tahap kewangan yang berbeza.
Insuran/Takaful bertindak sebagai vehicle instruments untuk memenuhi keperluan
kewangan keluarga sekiranya berlaku kematian pada pasangan hidup atau pun pada
parents.
Bagaimana insurans boleh berguna waktu tu? Sebab pampasan
yang keluarga akan dapat, boleh digunakan untuk bayar baki loan rumah, bayar hutang
kereta, duit kolej, duit persaraan, dan
sebagainya. Insurans ini adalah aset yang anda patut ada dan sangat penting
dalam perancangan harta. Lagi ramai ahli keluarga yang bergantung pada
pendapatan anda, lagi bertambah penting insurans tu buat anda dan keluarga
anda.
Kalaupun anda masih bujang
dan belum bekeluarga, anda masih punya sebab untuk ambik plan insurans/takaful
ni kerana anda boleh dapat perlindungan yang tinggi pada premium yang rendah
dan lebih murah. Lagi pun, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini pada
anda, anda boleh hibahkan duit pampasan tu pada ibu dan ayah anda.
Kenalpasti matlamat
perlindungan insurans/takaful anda.
Selain dari keperluan, anda
juga perlu setkan matlamat perlindungan insurans anda. Sama seperti simpanan, Setiap simpanan punya matlamat yang berbeza, Contohnya matlamat jangka pendek
mungkin untuk kegunaan melancong bersama keluarga, Dan matlamat jangka masa
panjang mungkin sebagai tambahan dana persaraan.
Begitu juga perlindungan
insurans, adakah matlamat anda untuk ada kemudahan fast lane sekiranya anda
perlu admit ke hospital dan anda boleh demand, doktor pakar untuk merawat anda
dengan kadar segara. Atau mungkin matlamat anda, anda perlu penggantian income
selama anda tidak dapat bekerja disebabkan anda perlu admit ke hospital.
Mungkin juga anda perlu persediaan manfaat kematian yang tinggi supaya anda dapat
hibahkan pada anak-anak anda yang ramai.
Setiap orang punya matlamat
perlindungan yang berbeza dan saya nasihatkan anda berkongsi matlamat dengan
perunding kewangan anda supaya mereka lebih jelas dan dapat memberi pandangan
professional mereka buat anda.
Berapa jumpah pampasan yang
sepatutnya anda sediakan?
Berapa jumlah duit yang
keluarga anda akan terima selepas kematian anda, itu dipanggil sebagai pampasan
atau manfaat kematian. Nak tau berapa banyak perlindungan /coverage yang anda
perlukan, Selalunya mengikut rules of thumb, perlindungan yang ideal adalah
sebanyak 12 ganda dari gaji anda sekarang. Secara kasarnya anda dapat pastikan
yang keluarga anda dapat hidup seperti biasa selama 12 bulan selepas kematian
anda. Tapi pengiraan hutang juga kena ambil kira. Lagi banyak hutang, lagi
tinggi manfaat yang anda perlukan.
Cari jenis polisi yang betul
Selepas kenal pasti manfaat
yang sesuai dengan keluarga anda, baru boleh pilih jenis polisi yang sesuai.
Sama ada polisi term life. Biasanya matlamat plan term life ialah untuk beri
perlindungan semasa active life anda iaitu sepanjang tempoh anda bekerja atau
sehingga anak-anak independent.
Atau polisi whole life,
dengan perlindungan yang lebih lama dan lebih komprehensif dengan premium yang
sedikit tinggi. Tapi biasanya plan whole life ada unsur pelaburan/investment
link yang punya kadar dividen setiap tahun yang tinggi dan stabil.
Lihat kualiti syarikat
insurans
Kekuatan sesebuah polisi,
berkadar langsung dengan kekuatan syarikat itu sendri. Pastikan anda buat
kajian tentang latar belakang syarikat. Pilih syarikat yang reliable, telah
lama wujud, dan tidak ada kemungkinan untuk tutup dan keluar dari Malaysia.
Syarikat insurans lokal vs Syarikat Luar Negara
Dapatkan nasihat professional
Penasihat kewangan
professional boleh membantu anda melihat nilai manfaat yang sesuai dengan
keperluan keluarga anda sekarang berdasarkan need base selling dan telah
terlatih berdasarkan latihan-latihan dan bengkel mengenai pengurusan kewangan,
pembahagian asset kepada penama, claim, dan macam-macam lagi. Mulakan bertanya
pada ejen yang telah anda kenal dan mempunyai reputasi yang baik.
Kenali terma-terma yang
sering digunakan dalam insurans
Untuk yang pertama kali
dengar, anda mungkin kurang jelas bila apabila penasihat kewangan menggunakan
perkataan seperti, premium, sum assured, term, endowment,lapsed, beneficiaries,
wasi, hibah dan pelbagai lagi. Anda jangan takut dan malu untuk bertanya. Ejen
yang baik dan cemerlang pasti akan
menerang secara terperinci setiap perkataan yang mungkin kurang jelas untuk
anda.
Atau mungkin anda boleh buat sedikit homework sebelum berjumpa dengan
mana-mana ejen supaya anda dapat gambaran sebenar maksud perkataan-perkataan
yang digunakan.
Semoga dengan 8 tips yang
dikongsi ini dapat dijadikan panduan untuk anda pilih plan insurans/takaful
yang sesuai dengan matlamat anda dan keluarga.
Sekiranya anda perlukan
pandangan professional saya berkenaan insurans/takaful dan plan yang sesuai
dengan matlamat kewangan anda sekarang, boleh email di rinaharyati@gmail.com atau Whatsapp di 013.484.8586, insyaallah saya
akan bantu.
Biiznillah
Pn.rinaharyati.
Penasihat kewangan anda
No comments:
Post a Comment