Senarai 36 Penyakit Kritikal
Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com
Senarai 36 Penyakit Kritikal (Critical Illness
Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com
Senarai 36 Penyakit Kritikal (Critical Illness
- Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom-simptom klinikal berterusan
- Serangan Jantung – Keterukan tertentu
- Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan dialisis atau transplan buah pinggang
- Kanser – Keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Hepatitis Viral Fulminan
- Koma – Mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal yang berterusan
- Tumor Otak Benign – Keterukan tertentu
- Kelumpuhan Anggota
- Buta – Kekal dan tidak boleh pulih
- Pekak – Kekal dan tidak boleh pulih
- Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan tertentu
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
- Penyakit Paru-paru Tahap Akhir
- Ensefalitis – Mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian
- Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
- Hilang Keupayaan Bertutur
- Pembedahan Otak
- Pembedahan Injap Jantung
- Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)
- Meningitis Bakteria – Mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian
- Trauma Kepala Major (teruk) – Mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian
- Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan kegagalan kekal sumsum tulang
- Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan
- Penyakit Parkinson – Mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian
- Penyakit Alzheimer/Demensia Teruk
- Distrofi Otot
- Pembedahan Aorta
- Sklerosis Multipel
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan tertentu
- Penyakit Sistik Medular
- Kardiomiopati – Keterukan tertentu
- Lupus Eritematosus Sistematik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
Berapakah Jumlah Manfaat Perlindungan Berkaitan Penyakit Kritikal (Critical Illness) Yang Diperlukan?
Jumlah manfaat perlindungan berkaitan penyakit kritikal (critical illness) yang disarankan adalah sekurang-kurangnya antara 3 hingga 5 kali gaji tahunan.
Andaikan gaji anda sebulan adalah RM 1,000. Maka jumlah manfaat perlindungan berkaitan penyakit kritikal (critical illness) yang perlu anda miliki dalam polisi Takaful adalah sekurang-kurangnya antara RM 36,000 hingga RM 60,000.
Contoh
Gaji sebulan = RM 1,000
Gaji setahun = RM 12,000
Manfaat penyakit kritikal (critical illness) = RM 36,000 hingga RM 60,000
Formula:Gaji setahun x n tahun
RM 12,000 x 3 tahun = RM 36,000
RM 12,000 x 4 tahun = RM 48,000
RM 12,000 x 5 tahun = RM 60,000
Dah periksa manfaat untuk sakit kritikal anda sekarang? Boleh hubungi ejen anda untuk sesi policy review. Atau kalau anda masih mencari plan yang terbaik, boleh email atau hubungi saya juga! Insyaallah.
Biiznillah
pn.rinaharyati
Perunding Kewangan
No comments:
Post a Comment