10 Soalan Yang Wajib Anda Tanya Sebelum Beli Insurans
Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com
Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com
1. Majikan saya sudah menyediakan
perlindungan insurans untuk saya. Perlukah saya membeli insurans sendiri?
Secara amnya,
insurans yang disediakan untuk para pekerja terhad untuk kegunaan kad perubatan
(bil hospital pada limit yang tertentu) dan wang pampasan kemalangan, kecacatan
atau kematian. Tambahan pula, plan insurans tersebut tidak boleh dibawa
bersama anda sekiranya anda bertukar tempat kerja.
Oleh itu, setiap
orang disyorkan untuk membeli polisi insurans sendiri. Untuk mendapatkan
nasihat perancangan insurans yang lebih tepat, kongsi bersama ejen insurans
anda perancangan hidup anda, dan pilih plan insurans yang dapat menolong
mencapai matlamat anda.
Nota : Berdasarkan
pengalaman, ada syarikat yang cuma bayar 10% dari wang pampasan yang sepatutnya
keluarga pekerja dapat (berlaku kematian pada pekerja). Ini sebenarnya tak
salah sebab premium di bayar oleh syarikat dan polisi tu sebenarnnya adalah hak
syarikat dan syarikat berhak menggunakan duit pampasan tu menggantikan kerugian
yang berlaku akibat kehilangan pekerja.
2. Jika saya sudah mempunyai insurans
hayat, perlukah saya membeli insurans perubatan?
Insurans hayat perlu
dimiliki kerana dapat menolong menstabilkan situasi kewangan apabila berlakunya
sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan, lumpuh kekal atau kematian.
Walaupun begitu, perlindungan insurans hayat agak terhad dalam menampung kos
perubatan.
Dengan kos perubatan
yang semakin meningkat, kad perubatan kini sudah menjadi suatu keperluan.
Dengan adanya kad perubatan, anda dapat membuat tuntutan untuk kos-kos seperti
penginapan hospital, rawatan, pembedahan, dan lawatan susulan.
Jenis-jenis insurans
saya akan share di entri yang lain, ok.
3. Apakah usia ideal untuk membeli
insurans?
Tiada umur yang
khusus untuk membeli insurans; semuanya bergantung kepada kemampuan anda dan
jika anda mempunyai tanggungan. Orang ramai sentiasa disyorkan untuk membeli
insurans seawal yang boleh kerana bayarannya lebih murah apabila kita lebih
muda. Semakin usia kita meningkat, semakin tinggi risiko untuk menghidapi
penyakit dan ini menyebabkan kos premium yang lebih tinggi.
Sebagai panduan,
waktu yang paling baik untuk membeli insurans ialah apabila sudah mula bekerja
dan bakal mendirikan rumah tangga.
4. Adakah premium insurans
saya akan meningkat setiap tahun?
Ini merupakan antara
soalan paling penting yang perlu dibincangkan dengan ejen anda. Salah faham
tentang isu ini telah banyak menyebabkan orang ramai berasa keliru dengan pelan
mereka.
Perlu diketahui
bahawa sesetengah pelan mempunyai bayaran yang amat murah sewaktu baru bermula,
dan mula meningkat setelah beberapa tahun. Ada pula yang jumlah bayarannya
ditetapkan sepenuh tempoh polisi itu. Pastikan ejen anda menerangkan pelan
bayaran dengan jelas sebelum anda membeli pelan insurans tersebut.
5. Apakah yang akan terjadi jika
saya tidak dapat membayar premium saya?
Pelan perlindungan
insurans merupakan suatu pelaburan jangka panjang, dan anda disyorkan untuk
memulakan pelan anda apabila betul-betul mampu. Kaadar yang optimum ialah 10%
dari gaji anda sekarang. Kos perubatan dan manfaat insurans hayat anda tidak
akan dapat dituntut sekiranya anda tidak membayar premium yang sepatutnya.
Jika tidak mampu
dengan pelan yang lebih mahal, mulakan dengan pelan asas yang lebih murah
dahulu. Kebanyakan pelan insurans mempunyai pilihan untuk dinaiktaraf apabila
kewangan anda lebih stabil.
6. Apakah yang akan terjadi jika
saya ingin membatalkan polisi saya?
Seperti yang
dijelaskan, insurans perlu dilihat sebagai suatu pelaburan jangka panjang. Jika
boleh, elakkan daripada membatalkan polisi anda, lebih-lebih lagi jika anda
telah memegang polisi tersebut selama bertahun-tahun.
Namun begitu, ada
baiknya jika anda ketahui lebih awal apakah pulangan yang anda mungkin dapat
sekiranya pembatalan terpaksa dibuat. Ada polisi yang akan terbatal begitu
sahaja tanpa sebarang pulangan. Ada pula polisi yang mula menjana ‘cash value’
semakin lama anda memegang polisi tersebut, dan ‘cash value’ ini akan
dipulangkan kepada anda sewaktu pembatalan. Ejen anda dapat memberikan anggaran
pulangan yang lebih tepat berdasarkan jenis polisi anda.
7. Bagaimana jika saya tidak mengalami
apa-apa kemalangan atau penyakit kronik selama saya mempunyai insurans?
Pemikiran terbaik
apabila membeli insurans ialah dengan berharap yang anda tidak akan perlu
menggunakannya. Namun begitu, ejen anda masih perlu memberitahu anda tentang
pulangan yang dapat anda jangkakan sekiranya tidak membuat apa-apa tuntutan.
Tidak semua pelan
insurans mempunyai sistem No Claims Bonus di mana anda mendapat insentif
sekiranya tiada tuntutan pampasan dibuat. Jika pelan anda mempunyai ‘cash
value’, minta ejen anda untuk terangkan jumlah pulangan anda sekiranya anda
tidak membuat sebarang tuntutan hingga akhir tempoh polisi tersebut.
8. Selain tuntutan berkaitan
perubatan, kemalangan, kecacatan dan kematian, adakah manfaat lain yang boleh
saya perolehi melalui pelan insurans saya?
Setiap syarikat
insurans mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan menawarkan pelbagai manfaat
tambahan untuk memaksimumkan perlindungan anda. Ada yang menyediakan elaun
harian sewaktu anda diwadkan, dan ada juga pelan insurans yang mempunyai
komponen pelaburan, di mana sebahagian premium anda disalurkan ke dalam
komponen yang berfungsi sebagai akaun simpanan. Kongsikan keutamaan-keutamaan
anda untuk memudahkan ejen anda mengesyorkan manfaat tambahan terbaik untuk
anda.
9. Apakah yang akan berlaku
sekiranya ejen saya tidak lagi bekerja di syarikat insurans ini?
Walaupun penting,
soalan ini jarang sekali diajukan kepada ejen insurans. Oleh kerana ada ejen
insurans yang berubah hala karier, anda perlu tahu langkah-langkah yang boleh
diambil sekiranya ejen anda tidak lagi bertugas untuk menyelia polisi anda.
Dalam situasi
sebegini, selalunya syarikat insurans akan memaklumkan anda tentang perletakan
jawatan ejen anda melalui surat. Surat tersebut mengandungi nama, nombor
telefon dan alamat surat menyurat ejen baru anda. Anda boleh memilih
untuk kekal dengan ejen baru ini, atau jika anda mengenali ejen insurans lain
yang lebih anda gemari, anda boleh mengemukakan permohonan untuk memindahkan
polisi anda di bawah jagaan ejen insurans pilihan anda itu.
Perkara yang paling
penting dalam memastikan pelan insurans anda menepati rancangan masa depan anda
ialah dengan mendapatkan nasihat ejen yang memahami visi hidup anda.
10. Apa cara terbaik
untuk saya keep track dengan bayaran premium bulanan saya?
Anda boleh untuk
membuat bayaran menggunakan credit card atau debit card dan anda boleh keep
track payment daripada statement
Atau di HLA, anda ada
kelebihan untuk daftar HLA 360, di mana anda ada kelebihan untuk check premium
hstory dan yang paling penting anda akan sentiasa dpat check apa perlindungan
yang telah anda ambil. Semua maklumat di hujung jari anda
Insyaallah. Biiznillah
pn.rinaharyati
Perunding Kewangan
No comments:
Post a Comment