Kenapa Perlu Hibah?
Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
reenrinaharyati.blogspot.com
Pengertian Hibah Menurut
Hukum Islam bermaksud pemberian yang dilakukan oleh seseorang kepada pihak lain
yang dilakukan ketika masih hidup dan pelaksanaan pemberian biasanya dilakukan
pada waktu penghibah masih hidup.
tapi
Kenapa Perlu Hibah?
Hibah wujud untuk
mengelakkan konflik pembahagian harta. Punyalah banyak kes-kes yang tiada
kesudahan di Mahkamah Shariah. Jangan terkejut jika kes-kes yang berkaitan
dengan harta pusaka ini boleh diperturunkan ke anak cucu cicit kita nanti.
Antara konflik yang seringkali terjadi dalam pembahagian harta:
- Tidak
dapat memberikan harta kepada anak angkat. Kerana jika guna wasiat, harta
yang ada hanya boleh diwasiatkan 1/3 sahaja. Sedangkan,
pemberi hanya ada seorang sahaja anak iaitu anak angkatnya.
- Hanya
mempunyai anak perempuan
- Tidak
berpuas hati pembahagian di bawah Hukum Faraid. Ini sering terjadi
diantara anak lelaki dan anak perempuan.
- Tiada
waris atau mereka yang layak menguruskan harta
- Hanya
mempunyai anak bawah umur dan tidak mampu menguruskan harta. Ini
pentingnya ada public trustee atau pemegang amanah contohnya seperti
as-Salihin.
Hibah Dari sudut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI).
Juga dikenali sebagai IFSA 2013
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759) (APKI 2013) telah mula berkuat kuasa mulai 30 Jun 2013. APKI merupakan statut yang memansuhkan akta yang melibatkan Kewangan Islam di Malaysia, iaitu Akta Perbankan Islam 1983 (Akta 276) dan Akta Takaful 1984 (Akta 312). APKI diluluskan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama dengan undang-undang konvensional yang berkaitan, iaitu Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) (APK 2013). APK 2013 juga mula berkuat kuasa mulai 30 Jun 2013
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759) (APKI 2013) telah mula berkuat kuasa mulai 30 Jun 2013. APKI merupakan statut yang memansuhkan akta yang melibatkan Kewangan Islam di Malaysia, iaitu Akta Perbankan Islam 1983 (Akta 276) dan Akta Takaful 1984 (Akta 312). APKI diluluskan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama dengan undang-undang konvensional yang berkaitan, iaitu Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) (APK 2013). APK 2013 juga mula berkuat kuasa mulai 30 Jun 2013
- Aplikasi
konsep Hibah dan pembahagian manfaat Takaful bertarikh 21 April 2003/19
Safar 1424:
- Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para
peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak
mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengah
shariah
- Berdasarkan
Hibah yang digunakan dalam pelan Takaful tidak akan berubah menjadi
wasiat, kerana jenis Hibah yang digunakan ialah Hibah bersyarat di mana
Hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa
tertentu.
- Penerima
Hibah perlu menandatangan borang untuk di akui sebagai penerima hibah
untuk sepanjang tempoh sijil takaful
Bagi yang dah ada polisi takaful boleh minta ejen review semula
polisi anda. cek balik siapa yang anda hibahkan tu. masih valid lagi tak atau
mungkin kena kemaskini baru. Yang terkini polisi takaful di HLMT juga
membolehkan anda melaksanakan badal haji/qurban/wakaf selepas ketiadaan anda
nanti. Boleh email untuk maklumat lanjut.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia
berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ
مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Jika
seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara
(yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR.
Muslim no. 1631)
Insyaallah. Biiznilah
pn.rinaharyati
Perunding Kewangan HLMT
013.484.8586
No comments:
Post a Comment