Hibah
Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
reenrinaharyati.blogspot.com
Hibah dan Wasi adalah instrumen
penting dalam pembahagian harta dalam Takaful.
Hibah adalah pemberian.
Wasi adalah pemegang amanah.
Orang yang mengambil insuran takaful dipanggil peserta.
Hibah adalah pemberian.
Wasi adalah pemegang amanah.
Orang yang mengambil insuran takaful dipanggil peserta.
Peserta mendapat sejumlah wang
pampasan sekiranya ditimpa musibah. Andai kata peserta meninggal dunia sejumlah
wang akan diberikan kepada waris beliau. Disini pemberian secara hibah atau
wasi mengambil peranan. Sekiranya peserta lelaki membuat hibah keseluruhan
pampasan kepada isterinya. Maka isteri itu akan mendapat keseluruhan harta
tersebut tanpa perlu difaraidkan. Ini kerana hibah/pemberian tersebut dibuat
ketika peserta masih hidup. Seandainya peserta melantik isteri sebagai wasi
(pemegang amanah) Maka isteri akan membahagikan pampasan kepada waris tersebut
mengikut persetujuan kesemua waris ataupun secara faraid.
Permasalahan isu pembahagian
harta mengikut penama, wasi dan hibah kadang kala boleh menjadi rumit. Ini
disebabkan terdapat perundangan civil dan perundangan syariah dalam
mengendalikan kes. Banyak juga faktor yang mendorong pertindihan kuasa dalam
perlaksanaanya.
Kita
sedia maklum, bila kita bincang mengenai harta pusaka, kita mesti akan ingatkan
Faraid. Menurut Yang Arif Dr Hj Mohd Na'im, faraid adalah jalan terakhir untuk
dilaksanakan. Dan faraid itu sendiri ada pro dan contra. Kenapa hibah
diketengahkan pada zaman ini? Ini kerna ada beberapa konflik dalam pembahagian
harta. Untuk mengelakkan dari berlaku, hibah di kenalkan.
Maksud
Hibah
Hibah
secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan
akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang
secara sukarela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan
balasan ('iwad).
Berdasarkan
definisi hibah, dapat disimpulkan ciri-ciri hibah adalah seperti berikut:-
(i) Suatu
akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
(ii)
Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
(iii)
Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
(iv) Akad
hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.
(v) Ia
dibuaT secara sukarela tanpa paksaan.
(vi) Akad
dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang
tertentu.
Hukum
Hibah
Berdasarkan kitab
Al-Fiqh al-Islam Wa Adillatuh, Jilid 5, karangan Prof. Dr Wahabah Al-Zuhayli,
cetakan Dar Al-Fikr, tahun 1997 muka surat 3981berkenaan hukum hibah
adalah sunat yang digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga
yang terdekat.
Sesuatu
akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun dan syarat
seperti berikut:
Rukun
Hibah
1.
Pemberi Hibah (Al Wahib)
2.
Penerima Hibah (Al-Mauhub lahu)
3. Benda
yang dihibahkan (Al-Mauhub)
4.
Tawaran dan penerimaan (Sighah)
Syarat-syarat
sah Hibah
1.
Pemberi Hibah (Al Wahib)
- Pemilik barang yang dihibahkan
- Tidak dihalang oleh halangan tertentu
- Sempurna akal, Baligh (kanak-kanak tidak mempunyai keahlian) dan rushd.
- Secara sukarela
- Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.
2.
Penerima Hibah (Al-Mauhub lahu)
- Sesiapa sahaja boleh menerima asalkan berupaya menerima Hibah
- Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya.
3. Benda yang dihibahkan hendaklah barang
atau harta yang halal.
- Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
- Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
- Boleh diserah milikkan.
- Benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya.
- Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah. Mengikut mazhab Maliki, Syafie dan Hambali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam.
Sighah
hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan
penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
- Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
- Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu.
- Di antara contoh lafaz ijab secara terang (sarih) ialah seperti kata pemberi “Aku berikan barang ini kepadamu” atau secara kinayah seperti kata pemberi “Aku telah menyerahkan hakmilik kepadamu” atau “Aku jadikan barang ini untukmu”. Sementara contoh lafaz qabul (penerimaan) pula ialah seperti “aku terima”, “aku redha” dan sebagainya.
- Dalam undang-undang Islam, sesuatu hibah itu sudah sah dengan adanya ijab dan qabul dengan perkataan atau apa-apa cara yang membawa erti memberi milik harta tanpa balasan (‘iwad). Mengikut mazhab Maliki dan Syafie, penerimaan (qabul) itu hendaklah diambilkira dalam menentukan sah atau tidaknya sesuatu hibah. Sebaliknya, golongan Hanafi menganggap bahawa ijab sahaja sudah memadai untuk menentukan sahnya sesuatu hibah itu.
- Secara praktik mengikut undang-undang Shariah Di Malaysia, dokumentasi amat penting bersama 2 orang saksi untuk elak dari "dispute".
- Dalam kontek Takaful, Ijab dan Qabul harus berlaku bersama dengan penerima (beneficiary). Jika penerima tiada disitu, digalakkan mempunyai 2 orang saksi atau sms,whats app atau telefon penerima untuk aktivit Ijab dan Qabul dijalankan. Dan memandangkan Takaful berbentuk dokumentasi dan kontrak, Hibahnya adalah sah.
Insyaallah. Biiznillah
pn.rinaharyati
Perunding Kewangan HLMT
No comments:
Post a Comment