Memahami Insurans dan Takaful
Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com
Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu
seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat
insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat
insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya
anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan
membayar pampasan kepada anda.
Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip
Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk
caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan
anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu
sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.
Kedua-dua insurans
dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pemegang polisi
(anda) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang
diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya
berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang
diinsuranskan.
Anda tidak perlu
membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk melindungi harta anda.
Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat
satu tuntutan jika sebarang kerugian atau kerosakan berlaku. Jumlah
yang boleh dibayar akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang
terlibat. Oleh itu, anda tidak boleh meraih keuntungan daripada polisi insurans
am atau pelan takaful. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans
akan membayar pampasan yang setimpal atau anda akan ditetakkan kepada keadaan
yang sama sebelum berlaku kerugian. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli
lebih daripada satu polisi untuk melindungi hayat anda.
Kontrak insurans
atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak . Oleh itu, anda sebagai
pemegang polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang
diperlukan. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau
pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang
kerugian atau kerosakan.
Selain itu, di
bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian lebihan daripada dana
takaful, berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui sekiranya anda tidak
membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.
Di manakah saya boleh dapatkan plan Insurans/Takaful?
- Secara terus daripada syarikat insurans atau pengendali takaful
- Melalui ejen berdaftar
- Melalui Internet
Panduan penting untuk beli polisi Insurans/Takaful
i) Benar-benar faham Insurans/Takaful yang anda
perlukan termasuklah ciri-ciri produk , syarat-syarat dan manfaat serta
pengecualian (sekiranya ada)
ii) Pastikan premium Insurans dan caruman Takaful
yang akan di bayar adalah dalam kemampuan atau sekitar 10% dari jumlah gaji.
iii) Pastikan amaun perlindungan adalah mencukupi
dan sesuai dengan keperluan anda
iv) Pastikan kesemua fakta penting dan data
kesihatan didedahkan sepenuhnya
v) Hanya berurusan dengan ejen yang berdaftar dengan
syarikat insurans atau pengendali takaful
vi) Sentiasa pantau nilai atau manfaat perlindungan
yang sesuai dengan perubahan lifestyle sekarang
No comments:
Post a Comment