Claim Bersalin Bertukar Menjadi Claim Untuk Sakit Kritikal
Teks: Rina Haryati Binti Ibrahim
reenrinaharyati.blogspot.com
Seperti pada entri yang lepas, saya ada ceritakan berkenaan
plan untuk wanita iaitu Woman’s Plan. Maka setiap bulan saya akan dapat pesanan ringkas dari klien-klien yang inform mereka tengah
mengandung. Dah macam doktor dah
bunyinya. Yela, saya perlu tau untuk bantu mereka masa nak claim nanti.
Disamping tu dapat jugak melawat baby baru, cium bau syurga tu!
Saya masih ingat pada tahun 2014, seperti biasa saya akan
dapat message dari klien. Salah seorang yang menyatakan
kegembiraannya ialah klien saya yang sorang ni dari Negeri Sembilan. Ya betul,
klien saya merata-rata di sekitar Malaysia. Alhamdulillah, dah membayangkan
banyak claim yang saya akan buat untuk klien-klien tercinta.
Tapi beberapa bulan selepas tu, sekali lagi saya dapat message dari
beliau, menyatakan yang beliau baru saja lepas buat biopsi dan doktor nyatakan
yang dia positif kanser payudara. Masyaallah. Tak tergambar dengan kata-kata selepas di beritahu oleh
beliau.
Ini antara kes terawal sepanjang karier saya dalam bidang
insurans. Beliau baru saja ambil plan beberapa bulan. Belum pun setahun dan dah
sah ada kanser payudara tahap 3. Dan ketika itu dia sedang mengandung anak ke4.
Subhanallah.
Saya menjangkakan yang kes klien saya yang satu ni pasti akan
ada penyiasatan di lakukan oleh syarikat insurans. Tapi kalau memang genuine
case, insyaallah tak akan ada masalah. Langkah pertama ialah, saya perlu beli
laporan perubaran dari hospital. Klien yang sorang ni, berperibadi sangat baik, dan
sentiasa akan bantu saya sekiranya ada informasi yang saya perlukan untuk
mempercepatkan proses claim. Walaupun saya tahu dia sedang menanggung kesakitan yang teruk dan dalam masa mengandung, beliau kelihatan sangat tenang.
Laporan dari hospital bukan sswasta seperti biasa, ambil
masa yang sangat lama. Saya faham, doktor punya banyak tugasan hakiki untuk
dibuat selain nak isi borang laporan syarikat insuran. Saya mampu bertolak ansur dan bersabar, cuma
bila mengambil masa yang terlalu lama dan saya sendiri tak dapat nak direct
dengan doktor, itu agak menjadi masalah buat saya. Risau juga kalau sebenarnya
doktor itu sendiri lupa pasal report yang perlu diisi.
Lebih 3 bulan juga masa yang saya ambil untuk dapatkan
laporan perubatan itu sashaja. Itu tak termasuk laporan dari klinik-klinik lain. Sampai kena marah dengan suami klien. Hehe. Itu lumrah. Semua orang tak
suka menunggu. Masa itu sangat berharga. Tapi syukur, akhirnya selepas menunggu
sebegitu lama akhirnya dapat juga laporan yang ditunggu-tunggu.
Dan ternyata, barah pada klien saya memang tidak menunjukkan
sebarang tanda-tanda awal lansung sehinggalah saat dia mengandung anak ke4. Dia langsung tak tahu yang dia sada barah payudara yang sangat aggresif. Dan
seperti yang kita semua maklum, sel-sel barah akan merebak dengan sangat cepat
sewaktu sesorang itu sedang mengandung disebabkan oleh hormon. Dan tak hairanlah
selepas beberapa bulan mengandung, barah klien saya terus meningkat ke peringkat 4.
Peringkat 4 bermaksud sel barah telah merebak di kebanyakkan organ utama di dalam
badan. Subhanallah, besar ujian untuk beliau.
Beliau menolak untuk diberikan apa-apa rawatan, tiada kemo
tiada ubatan hospital kerana beliau berniat untuk meneruskan kandungan sehingga di
lahirkan. Sebab beliau tahu kandungan yang ke4 ni ialah bayi perempuan selepas
3 anak lelaki sebelumnya. Masyaallah besar pengorbanan beliau. Beliau
meneruskan kandungan berbekalkan ubatan alternatif dari sumber alami.
Ubat-ubatan yang perlu beliau makan terlalu banyak, nanti
saya akan share gambar ubat-ubat yang beliau gunakan. Syukur saya berjaya
dapatkan claim untuk penyakit barah beliau itu, sekurang-kurangnya dapat beliau
gunakan untuk membeli ubatan yang sangat banyak itu dan yang pasti memakan
belanja yang agak besar. Lebih kurang Rm10,000 sebulan untuk ubat-ubat yang dia tunjuk pada saya. Penuh
satu meja makan! Dan beliau sanggup lakukan semua ini demi anak. Masyaallah,
anak-anak beliau pasti sangat bangga ada ibu yang sebegini tabah.Akhirnya bayi
selamat di lahirkan secara normal, tapi tak cukup bulan.
Alhamdulillah bayi sangat sihat dan comel. Pasti akan
menjadi kesayangan buat abang-abang.
Ini antara kepentingan untuk dapatkan insurans dalam bentuk
pampasan. Boleh digunakan sebagai tujuan rawatan, untuk beli ubatan, juga
kos-kos sampingan yang ada macam kos perjalanan, medical check up di hospital
swasta untuk pendapat kedua, dan pelbagai kos sampingan. Semua itu tak perlu ganggu duit simpanan yang sedia
ada. Klien saya pergi menunaikan umrah tak lama selepas melahirkan anak. Syukur
alhamdulillah. Banyak kegunaan duit pampasan yang dapat tu.
Saya kagum dan bangga dengan keperibadian klien saya yang
sorang ni, walaupun dia sedang sakit dan berjuang dalam barah, beliau sentiasa
boleh tersenyum, Dan saya pasti tiada sapa sangka yang beliau seorang pengidap
barah. Al-fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh beliau dan di
tempatkan di kalangan orang yang soleh. Insyaallah
Biiznillah
Pn.rinaharyati
Perunding Kewangan

No comments:
Post a Comment