Rata-rata kesemua pekerja yang bekerja makan gaji diwajibkan untuk mencarum KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) atau dalam bahasa Inggeris EPF (Employee Provident Fund). Yang menariknya, majikan jugak diwajibkan untuk contribute ke atas akaun simpanan pekerja masing-masing. Ketika article ini ditulis, ratio contribution atau kadar caruman untuk KWSP ialah 11% bagi pekerja dan 12% bagi majikan.
Ini antara usaha baik dari kerajaan untuk pastikan rakyat Malaysia menyimpan buat bekalan di hari tua gitu!
FORCE SAVINGS!!!
Ye, begitulah! Itupun kalau ikut kajian dan rekod-rekod terdahulu, simpanan KWSP ni akan habis dalam masa 3 ke 5 tahun selepas kita dapat access dekat duit tu. Maybe akan lebih cepat habis since PKP haritu ramai jugak yang keluarkan duit KWSP kan
Anyways, cerita keluar duit ni ramai yang dah tahu. Kalau nak cerita pasal retirement plan pulak, better kita cerita di article yang lain sebab panjang jugak kalau nak cerita. Harini kita cuma nak fokus cerita tentang apa nasib duit KWSP tu kalau pencarum tu meninggal.
Yes, as per everyone understandings, kalau letak penama means semua duit KWSP tu akan jadi hak milik penama tu. Sorry to dissapoint you, BUT pemahaman tu SALAHHHH, ye SALAH!
Maksudnya, sebagai contoh kalau pencarum tu suami, dan suami meninggal. Dan suami dah letak nama isteri sebagai penama. Itu tak bermaksud isteri berhak untuk dapat keseluruhan duit KWSP tu ye. Tidak sama sekali.
Penama bertindak sebagai pemegang amanah. Maksudnya dalam contoh di atas, isteri adalah pemegang amanah dan menjadi tanggungjawab penama untuk uruskan pembahagian duit tu mengikut FARAID.
Isteri tak ada hak atas duit KWSP arwah suami dan begitulah sebaliknya (vice versa)
Kesimpulannya, siapa ada KWSP, sila semak balik siapa penama yang kita letak. Make sure inform penama tu untuk FARAID kan simpanan tu bila anda dah tak ada nanti.
Kesian pewaris kalau termakan harta secara bathil tanpa sedar.
Jom kita betulkan yang biasa. Insyaallah mesti boleh!
Biidznillah
